Saturday 14 July 2012

LEBIH BAIK SAYA MENCINTAI AWAK DALAM DIAM.........



Photo: LEBIH BAIK SAYA MENCINTAI AWAK DALAM DIAM

Tolonglah! Jangan seksa jiwa batin saya begini. Awak telah curi hati saya. Tapi awak tidak bertanggungjawab! Sanggup awak buat saya macam ni, gantung tidak bertali. Siang malam saya teringatkan awak. Awak hadir dalam mimpi saya. Dalam bayang-bayang saya. Apa yang perlu saya buat?

Air mata ini kadang terlalu murah kerana cinta. Berendam hujan tidak kira siang malam. Jika dunia melihatku, betapa buruknya aku. Apatah lagi di hadapan Allah dan ibubapa. Aku malu. Cukup malu.

Tapi apakan dayaku?


Terlanjur mencintaimu begitu menyeksakan. Telah ku serahkan hati ini kepadanmu. Bila kau hadir dalam hidupku, hari-hariku berlalu dengan indah dan bahagia. Di dalam hati ini ada taman bunga yang hidup segar mewangi. Aku benar-benar menyayanginya. Kau sangat baik bagi pandangan mataku. Lengkap segala impian untuk dibina masjid bersama.

Bab kata orang :

“Dadah kepada remaja adalah cinta. Sekali dirasa, pasti nak lagi. Sikap ketagih yang berterusan membawa kebinasaan jika dilayan tanpa kawalan. Inikan pula dibakar dengan amukan asmara dan sentuhan fizikal. 


Remaja hakikatnya belum layak untuk bercinta. Di usia mentah ini sepatutnya mereka fokus untuk belajar demi memajukan diri, keluarga dan agama. Melainkan betul-betul sudah bersedia untuk berkahwin. Ingatlah, jangan berani bermain api jika diri tidak bersedia untuk dibakar.”


Setelah dikecewakan.Belum terfikir untuk bercinta lagi.Ermm..

Cinta. 

“Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang. Cukup cintai dia dalam DIAM. Kerana diammu adalah salah satu bukti cinta kepadanya. Kau ingin memuliakan dia dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang. Kau juga tidak mahu merosakkan kesucian dan penjagaan hatinya.”

Bercinta dalam diam?

Saya sudah penat bercinta. Saya nekad untuk berhenti sahaja di sini. Saya mahu cinta hanya selepas nikah. Saya mahu perasaan cinta yang dibina dihormati, dibelai dan paling penting diberkati oleh Pencipta Cinta. Mungkin saya sedar dosa-dosa yang telah saya lakukan kepada awak. Dosa-dosa yang telah kita lakukan bersama. Saya mahu sucikan semua itu.

Saya inginkan yang halal. Saya tak sanggup lagi mengingati awak dengan tangisan dan derita. Saya mahu bahagia yang sebenar, keberkatan Allah dan pahala yang berterusan apabila mengingati kekasih, suami saya. 

Betul. Kalau saya ingat suami/isteri , saya dapat pahala. Tapi kalau saya ingat awak apa yang saya dapat?

Zina hati. Hati saya sudahlah kotor menjadi semakin kotor. Saya telah leka daripada Allah. Jauh. Terasa jauh benar saya denganNya. Inilah jalan paling terbaik. Lepaskan cinta ini pergi. Biarkan saya dengan cinta Allah. 

Ya, banyak lagi perkara yang perlu kita sumbangkan terutamanya untuk ummah. Selagi umur muda masih ada. Kelak bila Allah tarik nikmat ini, tiada lagi penyesalan. 

"Dan kepunyaanNyalah apa-apa yang di langit dan di bumi, semua makhluk tunduk kepada-Nya" (Surah al-Rum : 26)

Selamat tinggal kenangan lama. Setelah kubungkus, akan ku lemparkan ke mulut lori sampah. Aku nekad. Aku ingin menjadi hamba Allah, bukan hamba cinta. 


"Jika Allah mengetahui ada kebaikan di dalam hatimu, nescaya Dia memberikan yang lebih baik daripada apa yang telah diambil darimu dan Dia akan mengampuni kamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Surah al-anfal : 70)


P/s : Beginilah jadi bila kita dikecewakan oleh seseorang yang betul-betul kita sayang.Tapi ingatlah walau apa pun yang terjadi pasti ada hikmahNya.Pasti DIA telah merancang yang terbaik untuk hambaNya.Perkara sudah terjadi hidup harus diteruskan,walaupun begitu perit.Ingat kita buka keseorangan,Allah selalu bersama kita.

Tolonglah! Jangan seksa jiwa batin saya begini. Awak telah curi hati saya. Tapi awak tidak bertanggungjawab! Sanggup awak buat saya macam ni, gantung tidak bertali. Siang malam saya teringatkan awak. Awak hadir dalam mimpi saya. Dalam bayang-bayang saya. Apa yang perlu saya buat?
Air mata ini kadang terlalu murah kerana cinta. Berendam hujan tidak kira siang malam. Jika dunia melihatku, betapa buruknya aku. Apatah lagi di hadapan Al
lah dan ibubapa. Aku malu. Cukup malu.

Tapi apakan dayaku?

    Terlanjur mencintaimu begitu menyeksakan. Telah ku serahkan hati ini kepadanmu. Bila kau hadir dalam hidupku, hari-hariku berlalu dengan indah dan bahagia. Di dalam hati ini ada taman bunga yang hidup segar mewangi. Aku benar-benar menyayanginya. Kau sangat baik bagi pandangan mataku. Lengkap segala impian untuk dibina masjid bersama.

Bab kata orang :

“Dadah kepada remaja adalah cinta. Sekali dirasa, pasti nak lagi. Sikap ketagih yang berterusan membawa kebinasaan jika dilayan tanpa kawalan. Inikan pula dibakar dengan amukan asmara dan sentuhan fizikal.  Remaja hakikatnya belum layak untuk bercinta. Di usia mentah ini sepatutnya mereka fokus untuk belajar demi memajukan diri, keluarga dan agama. Melainkan betul-betul sudah bersedia untuk berkahwin. Ingatlah, jangan berani bermain api jika diri tidak bersedia untuk dibakar.



Setelah dikecewakan.Belum terfikir untuk bercinta lagi. Ermm..

Cinta....

“Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang. Cukup cintai dia dalam DIAM. Kerana diammu adalah salah satu bukti cinta kepadanya. Kau ingin memuliakan dia dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang. Kau juga tidak mahu merosakkan kesucian dan penjagaan hatinya.”

Bercinta dalam diam?
Saya sudah penat bercinta. Saya nekad untuk berhenti sahaja di sini. Saya mahu cinta hanya selepas nikah. Saya mahu perasaan cinta yang dibina dihormati, dibelai dan paling penting diberkati oleh Pencipta Cinta. Mungkin saya sedar dosa-dosa yang telah saya lakukan kepada awak. Dosa-dosa yang telah kita lakukan bersama. Saya mahu sucikan semua itu.
Saya inginkan yang halal. Saya tak sanggup lagi mengingati awak dengan tangisan dan derita. Saya mahu bahagia yang sebenar, keberkatan Allah dan pahala yang berterusan apabila mengingati kekasih, suami saya.
Betul. Kalau saya ingat suami/isteri , saya dapat pahala. Tapi kalau saya ingat awak apa yang saya dapat?
Zina hati. Hati saya sudahlah kotor menjadi semakin kotor. Saya telah leka daripada Allah. Jauh. Terasa jauh benar saya denganNya. Inilah jalan paling terbaik. Lepaskan cinta ini pergi. Biarkan saya dengan cinta Allah.
Ya, banyak lagi perkara yang perlu kita sumbangkan terutamanya untuk ummah. Selagi umur muda masih ada. Kelak bila Allah tarik nikmat ini, tiada lagi penyesalan.

"Dan kepunyaanNyalah apa-apa yang di langit dan di bumi, semua makhluk tunduk kepada-Nya" (Surah al-Rum : 26)

Selamat tinggal kenangan lama. Setelah kubungkus, akan ku lemparkan ke mulut lori sampah. Aku nekad. Aku ingin menjadi hamba Allah, bukan hamba cinta.


"Jika Allah mengetahui ada kebaikan di dalam hatimu, nescaya Dia memberikan yang lebih baik daripada apa yang telah diambil darimu dan Dia akan mengampuni kamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Surah al-anfal : 70)


P/s : Beginilah jadi bila kita dikecewakan oleh seseorang yang betul-betul kita sayang.Tapi ingatlah walau apa pun yang terjadi pasti ada hikmahNya.Pasti DIA telah merancang yang terbaik untuk hambaNya.Perkara sudah terjadi hidup harus diteruskan,walaupun begitu perit.Ingat kita buka keseorangan,Allah selalu bersama 
kita.








No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.