Saturday 14 July 2012

1 perkongsian utk kaum hawa,.....


 

Pernah hatiku terdetik...

Pernah hati ini terdetik, layakkah aku untuk mendapat
seorang mujahid. Bukannya tidak yakin dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Berkuasa, tetapi hati ini resah andai sahaja insan yang sepatutnya membimbing diri ini tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Kerana aku tahu, siapalah diri ini untuk mendamba suami semulia Rasulullah saw. Diri ini terlalu jauh untuk dibandingkan dengan Khadijah dan Siti Aisyah. Malah tidak tercapai pun tahap srikandi2 Islam.

"Ya Allah, kurniakanlah kepadaku hambaMu yang soleh sebagai suami agar dia dapat membimbingku menuju ke syurgaMu..." Resah gelisah hati menunggu setiap detik dan waktu agar impian itu menjadi kenyataan, bersama-sama si mujahid menemaninya dalam perjuangan.Walau telah bergelar suami, perjuangan dan pengorbanan mesti diteruskan. Malah itu seharusnya menjadi perjuangan aku juga. Hati si mujahid telah pun sarat dengan cinta kepada Rabbnya yang menjadi pendorong kepada perjuangannya. Mana mungkin pada masa yang sama si mujahid mencintaiku dengan sepenuh hatinya walaupun aku telah sah bergelar isterinya. Kerana telah Allah nyatakan dalam Al-Quran, "“Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….” [33:4]

Walaupun telah ku curahkan selautan kasih sayang, ku legakan penat lelah perjuangannya dengan gurauan manja, ku cukupkan makan dan pakaiannya, si mujahid masih tidak boleh leka dari perjuangannya.

Ya Allah, akukah yang akan menjadi fitnah yang melekakannya dari perjuangannya yang dahulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya? "katakanlah..“ Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik... [9:24]

Oh, tidak!!!! Aku tidak mahu menjadi penyebab si mujahid leka dari tanggungjawabnya yang lebih besar. Tanggungjawabnya terhadap Ad-Deen ini. Tapi, sanggupkah aku? Sanggupkah diri ini hanya memperoleh secebis hati si mujahid yang hatinya telah sarat dengan cinta kepadaNya yang lebih layak? Sanggupkkah diri ini sering ditinggalkan tatkala si mujahid perlu ke medan juang? Malah, sanggupkah diri ini melepaskan si mujahid pergi sedangkan hati ini tahu bahawa si mujahid yang dicintai mungkin akan keguguran di medan juang? Sanggupkah??

Mampukah aku mengingatkan si mujahid tatkala dia terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskan lagi si mujahid dengan cinta duniawi?

Ah, sudahlah wahai hati. Hentikan sahaja angan-anganmu, hentikan sahaja kiraanmu waktumu! Waktunya belum tiba untuk aku memiliki si mujahid kerana aku sendiri belum lagi menjadi seorang mujahadah yang sebenar.

Duhai hati, janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid, tetapi kejarlah cinta si Penciptanya. Hati, janganlah kau lekakan aku dengan angan-angan, sedangkan masih terlalu banyak ilmu lagi yang perlu aku raih. Wahai hati, sedarkah kau bahawa ujian itu sunnah perjuangan. Tetapi kau masih terlau rapuh untuk menghadapinya. Kau perlu tabah wahai hati. Dan aku sedar bahawa kau tidak akan menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua. Duhai hati, bersabarlah..perjalanan kita masih jauh, teruskan doamu. Hari itu akan tiba jua..apabila kau telah bersedia untuk menghadapinya kelak...InsyaAllah.


Wallahua'lam




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.