jAnGaN mEnCaRi TeRlAlU sEmPUrna
Percintaan VS Persahabatan
Jangan tinggalkan orang yang kita SAYANG untuk orang yang kita suka,
kerana orang yang kita SUKA akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka
sayang. Jangan cuba dapatkan apa yang kita sayang tapi SAYANGILAH
dengan apa yang kita ada. Hidup tak perlu terlalu sempurna, tak perlu
terlalu kaya, tak perlu terlalu terkenal, tetapi selagi masih ada INSAN yang mengingati, ia sudah lebih dari mencukupi.
Persahabatan yang sejati akan membawa KERINDUAN yang abadi.
Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan. Tanpa
persahabatan, PERCINTAAN akan berakhir tetapi tanpa percintaan,
PERSAHABATAN boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang
terjalin..
SELALUNYA kita tidak menyedari bahawa ada insan yg lebih MENCINTAI diri kita. Oleh itu hargailah dengan sepenuh hati..
Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana
bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia
masih hidup.
Begitulah juga .........
Setelah kamu
memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai
MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu
meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan
bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia
mengingatmu. ...
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan
terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu
teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat
dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH
seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu
menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila
sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk
menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS
hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang
kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu
berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar
kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan
seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba
MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar
kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik
orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.