Monday, 27 August 2012

Aku Cintai Dirinya Kerana-Mu, Ya Allah..

Ya RABBI, jika cintaku kau ciptakan untuk dia..
Tabahkan hatinya,
Teguhkan imannya,

Sucikan cintanya,
Lembutkan rindunya.
.
Ya RABBI, jika hatiku kau ciptakan untuk dia..
Penuhi hatinya dengan kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan nur-Mu,
Bisikan kedamaian dalam kegelapan,
Temani dia dalam sunyi sebuah penantian.
.
Ya RABBI, ku titipkan cintaku pada Mu untuknya..
Sampaikan rinduku pada rindunya,
Bimbinglah cintaku dan cintanya,
Satukan hidupku dan hidupnya dalam cinta Mu,
Kami ingin syurga Mu dengan kasih sayang

mood raya..vs wayang derr

time dok tgu my BFF mai ambik nk p beraya...huhuhuhu....dan lg snap...huhuhuhu......
korang mcmna ngn rya krang msty best kn...:)
sy rya taun nie rsa mcm xrya jer....coz tringtkn arwah ayh sy..ap2 pon al-fatihah....rindu nk cium tgn dye...

bersama ngn bdk akai jnoh....
dye la rcun...dye laa pnawar.....
huhuhu.....

xsmpt nk ambik pic rya brsma fmly coz msing2 bzy nk p qeja....da la taun nie brya dng my mom jer.....
hrmmm...korng smua msty bestkn...
korng byk ker wt kuih rya....umh cekk kuih byk sgt tp xtw la bila nk bis mkn...rsa2 cmpai 1 bln kita rya kot...huhuhuhuhu.......:)
ok la...t cekk updates g la...cekk pon xtw nk tlis ap nie..coz xde idea daaa.....hrmmm ok laa...cekk stop kt cnie lu na..t jmp g ok..assalamualaikum smua....

*********************************************************************************

layan cita EXPENDABLE 2......syokkkk....
2 kli cekk msok tgk.....fuhhh.....mmmg best rrr.......cp xtgk rgi....:)

mood rya merdeka xbis g nie.......dan lg p tgk wyang huhuhu....

Thursday, 26 July 2012

:: doaKU untuk MU...saYANG...... ::

Apapun yg terjadi, aku akan pasti mencintaimu dan menikahimu...
Kerana kamu adalah pilihan Allah untukku, bukan sekedar pilihan hatiku .....

Ya Allah, tiadalah lidahku dapat menyatakan keperitan yang menusuk di kalbuku, tiada juga penaku dapat mencoretkan ungkapan yang dapat merungkainya. Alhamdulillah Ya Allah, Dikau sahaja yang Maha Mengetahui setiap yang tidak mampu ku ucapkan mahupun yang dicoretkan
Selamat beristirahat, cinta halal-ku..MR.S.....

Saturday, 21 July 2012

RAMADHAN dtg lg.....:)

alhmdllh hari nie ary ke2 bg umt islam menunaikn ibadah pose bg taun nie....walaupon cuaca hri ini agak mndung....korang mcmna pose korang ary nie....ok ke?? hrap tu ok la no....:)...ap juadah berbuka korang tok ary nie..?? msti y top2 kn...huhuhu...lwak jer...jgn top2 sgt t xbis plk...bln pose nie nafsu mkn tgi ooo.....smua dye nk mkn kn......hrmmmm......tiramitsu xtw g nk msak apew tok berbuka jbg....klu g bzar cnform bis dt byk coz bli mknan nth ap2 ikotkn hawa nfsu ..hrmmmmm??? cer bg cdangan ckit nk msak apew...(huhuhu....ambik pndapt owg ckit)...ngda2 an..an....oppsss!!,,,trlbih sdah..melalut jer tiramitsu nie an,..an.....jgn lyan dye sgt t naek lemak plk....huhuhuhu....but... :'( pose kli xsperti taun2 y lpas (mood sedih dye mai daaa...)....rsa kekurangannye hrmmmmmmm....tanpa seseowg insan y kmi cintai n sayangi ''ayahnda'' kmi.....wlaupon pose kmi xsempurna tp kmi bersyukur atas nikmat Mu dan kmi bersyukur atas dugaan Mu kpd kmi sekeluarga...YA ALLAH.......
 ok laa t tiramitsu updates g ok....nk kuaq jb tgk ap2 y ptut lh msak tok ptg nie.....adiooosss n amigosss....

'' indahnya dunia hanya smntra....
indahnya b'cinta hanya sketika.......
indahnya mimpi kdang xpsti.....
tapi..
indahny bulan suci RAMADHAN sush dcari.
marilah kita smbut fitrahnya dngn pnuh rsa ksyukuran.......
MARHABAN YA RAMADHAN....''

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA....

Sunday, 15 July 2012

jAnGaN mEnCaRi TeRlAlU sEmPUrna

 Percintaan VS Persahabatan

Jangan tinggalkan orang yang kita SAYANG untuk orang yang kita suka, kerana orang yang kita SUKA akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang. Jangan cuba dapatkan apa yang kita sayang tapi SAYANGILAH dengan apa yang kita ada. Hidup tak perlu terlalu sempurna, tak perlu terlalu kaya, tak perlu terlalu terkenal, tetapi selagi masih ada INSAN yang mengingati, ia sudah lebih dari mencukupi.

Persahabatan yang sejati akan membawa KERINDUAN yang abadi. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan. Tanpa persahabatan, PERCINTAAN akan berakhir tetapi tanpa percintaan, PERSAHABATAN boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin..

SELALUNYA kita tidak menyedari bahawa ada insan yg lebih MENCINTAI diri kita. Oleh itu hargailah dengan sepenuh hati..

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....

Saturday, 14 July 2012

mna perginya awk y DULU....??

aku mahukan kau yang dulu,yang selalu tersenyum seceria pelangi.     Kawan,dulu kau kuat.Dulu kau tabah.Dulu kau selalu membuat aku tertawa jika aku dalam kesedihan.Tapi,mengapa kau yang dulu seakan-akan telah mati ?Mana? Mana pergi kau yang dulu?Kau pernah kata, "teman,hidup ini perlu diteruskan,walau apa jua halangan yang melanda.Tak kira sebesar mana pun dugaan,kau sabarlah.Jangan putus asa,kawan"

     Aku mahukan kau yang dulu, yang bisa terus tersenyum-senyum walau sesulit,dan serumit mana sekalipun sesuatu keadaan itu.Walau aku tahu, senyum senyum kau itu hanya senyum palsu semata.Aku mahu kau yang selalu tabah,kuat dan cekal dalam menempuh segala dugaan yang ALLAH berikan itu.Dimata aku, kau antara manusia yang paling tabah yang aku kenal.Tapi hari ini, kau tak setabah dahulu.Tak sekuat dahulu.

     Teman, walau sebesar mana kesulitan yang kau hadapi sekarang,jangan kau lupa

bahawa ALLAH sentiasa ada untuk kita. ALLAH sentiasa mendengar segala keluh kesah hati kita. Kuatlah sahabat,aku tahu kau mampu,dan aku tahu,antara kau dan aku,kau lah yang paling tabah. Kembalikan dirimu yang dulu, please.

p/s: aku mahukan kau yang dulu,yang selalu tersenyum seceria pelangi :')

 Photo: aku mahukan kau yang dulu,yang selalu tersenyum seceria pelangi.

Kawan,dulu kau kuat.Dulu kau tabah.Dulu kau selalu membuat aku tertawa jika aku dalam kesedihan.Tapi,mengapa kau yang dulu seakan-akan telah mati ?Mana? Mana pergi kau yang dulu?Kau pernah kata, 

"teman,hidup ini perlu diteruskan,walau apa jua halangan yang melanda.Tak kira sebesar mana pun dugaan,kau sabarlah.Jangan putus asa,kawan"

     Aku mahukan kau yang dulu, yang bisa terus tersenyum-senyum walau sesulit,dan serumit mana sekalipun sesuatu keadaan itu.Walau aku tahu, senyum senyum kau itu hanya senyum palsu semata.Aku mahu kau yang selalu tabah,kuat dan cekal dalam menempuh segala dugaan yang ALLAH berikan itu.Dimata aku, kau antara manusia yang paling tabah yang aku kenal.Tapi hari ini, kau tak setabah dahulu.Tak sekuat dahulu.

Teman, walau sebesar mana kesulitan yang kau hadapi sekarang,jangan kau lupa
bahawa ALLAH sentiasa ada untuk kita.
ALLAH sentiasa mendengar segala keluh kesah hati kita. Kuatlah sahabat,aku tahu kau mampu,dan
aku  tahu,antara kau dan aku,kau lah yang paling tabah.
Kembalikan dirimu yang dulu,please.

p/s: aku mahukan kau yang dulu,yang selalu tersenyum seceria pelangi :')

PART II.....aq hya wanita biasa

part II

Photo: ::Aku hanya wanita biasa::

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih.. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna. Kerananya ku ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak bonda Khadijah, kerananya ku ingin kau tahu, aku bisa saja berbuat salah dan begitu membebalkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kau dan malaikat-malaikat kita nanti –insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus membenahi istana kecil kita, agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kau akan menemukanku terkantuk-kantuk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetik pun tertidur kerana harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang menangis, dan ku tahu kau letih mengais rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis dan tak terkontrol, bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul pelan si kecil kerana lelah dan penatku di tambah rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan membentakku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai keriput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah iaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa..
 Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih.. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna. Kerananya ku ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak bonda Khadijah, kerananya ku ingin kau tahu, aku bisa saj
a berbuat salah dan begitu membebalkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..